BEBERAPA FAKTA BUAH KURMA (TAMAR)
1. Buah Kurma dapat mencegah
Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis , amalan memakan buah kurma
setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik
seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti
potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.Berdasarkan
kajian Kaum Arab Badui, yang makan buah kurma secara teratur, menunjukkan kadar
pengidap penyakit kanser dan jantung yang sangat rendah.
2. Buah kurma mampu memanaskan badan
dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita
bersalin dan memberi tenaga tambahan.
3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan
“Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan
membunuh semua kuman di dalam badannya”.
4. Kanak-kanak digalakkan memakan
lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran,
sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
5. Membentuk Sifat Penyabar,
Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada
isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah
kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar,
bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
“Melentur buluh biar dari rebungnya.” Islam mengajar kita mendidik
anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu
dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan
minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang
berperibadi luhur.
6. Mengambil Keberkatan Sewaktu
Kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku
membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan
meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”
7. Buah Kurma Makanan Yang Paling
Sempurna.Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya
penghuninya kelaparan.”
8. Melalui petua tertentu, buah
kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Buah kurma
dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di
negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau
salai, buah kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau
gajus bagi mengenakkannya. Buah kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan
tambahan dalam aiskrim.
9. Kandungan vitamin A dan C adalah
amat tinggi apabila buah kurma di peringkat Rotab atau khalal
10. Buah Kurma kaya dengan serat
yang dapat mencegah dari mendapat barah usus.
Walaupun buah padang pasir itu sukar
dibeli dinegara ini selain Ramadhan, orang ramai khususnya umat Islam boleh
menjadikan jus buah kurma yang dipasarkan sebagai pilihan alternatif.Selain
berbuka puasa, buah kurma juga harus menjadi makanan pilihan umat Islam ketika
bersahur seterusnya menjana tubuh sehingga waktu berbuka. Serta
tumbuh-tumbuhan yang Allah jadikan yang masih manusia tidak tahu .
Dengan sebab itulah pengambilan buah
kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu
sedang berpuasa, sebaliknya memakan buah kurma wajar dijadikan amalan harian.