1 Mata manusia boleh
mengesan 10 juta warna warna, tetapi ia tidak dapat melihat cahaya ultraungu
atau inframerah. Serangga boleh melihat cahaya ultraungu.
2 Mata anda berkelip
sehingga lebih 27 397 kali dalam satu hari.
3 Biji mata manusia
mempunyai berat kira-kira 28 gram.
4 Dalam keadaan yang
sesuai, mata manusia boleh melihat cahaya lilin pada jarak 14 batu.
5 Mata manusia boleh
membezakan 500 warna kelabu.
6 Mata anda boleh
memproses 36,000 bit maklumat setiap jam.
7 Berkelip dapat
membantu untuk membersihkan bola mata. Ia memastikan bola mata kita bersih dan
lembab. Selain itu, jika sesuatu objek semakin hampir mengenai mata kita, mata
akan berkelip secara automatik.
8 Badan kita mempunyai
beberapa perlindungan semula jadi bagi mata kita. Bulu mata membantu untuk
menjaga kotoran keluar dari mata kita. Kening dibuat untuk menjaga peluh
daripada menitik ke dalam mata kita.
9 Kajian tentang iris
mata dipanggil iridology.
10 Kornea ikan yu
telah digunakan dalam pembedahan mata, kerana kornea berkenaan adalah serupa
dengan kornea manusia.
11 Penyebab buta
nombor 1 di Amerika Syarikat adalah kencing manis. Manakala menurut kajian yang
dilakukan oleh WHO penyebab utama buta di dunia adalah disebabkan oleh katarak
(47.8%), glaukoma (12.3%), dan lain-lain lagi.
12 Biji mata manusia
mempunyai berat kira-kira 28 gram bersamaan 1 ounce.
13 Mata manusia boleh
membezakan 500 warna kelabu.
14 Kornea adalah
satu-satunya tisu hidup dalam tubuh manusia yang tidak mempunyai sebarang
saluran darah.
15 ‘Conjunctiva’
adalah membran yang menyelaputi mata manusia.
16 Suatu ketika dahulu
pelaut percaya bahawa memakai anting-anting emas dapat meningkatkan daya
penglihatan mereka.
17 Satu kajian yang
telah diterbitkan oleh British Journal of Ophthalmology pada tahun 2003 telah
menunjukkan bahawa pemakaian tali leher yang terlalu ketat boleh meningkatkan
risiko glaukoma di kalangan lelaki.
18 Manusia biasanya
membaca 25% lebih perlahan di skrin komputer berbanding kertas.
19 Lelaki dapat
membaca cetakan yang lebih halus berbanding wanita.
20 Semua bayi adalah
buta warna apabila dilahirkan.
21 Mata bayi tidak
dapat mengeluarkan air mata sehingga mereka berusia enam hingga lapan minggu.
22 Kecederaan mata
akibat dariapda alat solek biasanya berpunca daripada ‘mascara wand’ (benda
yang macam berus buat sapu maskara tu). Jadi berhati-hati la gadis-gadis
sekalian ye icon smile 20++ Fakta Menarik Tentang Mata Manusia
23 Sesetengah orang
akan mula bersin jika mereka terdedah pada cahaya Matahari atau jika cahaya
disuluh ke arah mata mereka.
24 Ia adalah mustahil
untuk bersin dalam keadaan mata yang terbuka.
25 Ruang antara kening
dipanggil Glabella